Kita menyedari dalam arus pembangunan masa kini kecemerlangan dalam akademik semata-mata tidak mencukupi. Jika ingin mendapatkan tempat dalam pasaran kerjaya kelak, seseorang mahasiswa/i perlu melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah (soft skill) . Kemahiran ini tidak didapati di dalam dewan kuliah. Mahasiswa/i perlu terlibat dengan masyarakat melalui program yang dijalankan oleh pihak universiti,kolej, fakulti, atau persatuan-persatuan pelajar. Melalui program yang dijalankan inilah pelajar akan mempelajari kemahiran-kemahiran yang diperlukan secara tidak langsung.
Untuk menjayakan sesuatu progran bukanlah perkara mudah bagi seorang mahasiswa/i yang sedang belajar dan tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan sesuatu program. Masa yang singkat perlu diagihkan dengan berhemah antara masa belajar dan masa untuk menyiapkan atau menguruskan program yang dianjurkan. pada waktu getir beginilah palajar akan merasa tertekan kerana terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan selain pelajaran. Di tambah pula dengan masa rehat entah ada atau tidak.
Di sini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk mengelakkan stress memandangkan masing-masing sedang sibuk dengan program-program yang dianjurkan. Saban hari lembah ilmu tidak pernah sunyi dengan aktiviti yang dianjurkan oleh mahasiswa/i.
1) Terima masalah yang datang sebagai satu peluang
Ramai antara kita tidak dapat menerima masalah yang dihadapi dengan menganggap diri tidak berguna lagi, dan mengambil jalan pintas. Perkara sebegini seharusnya tidak berlaku lebih-lebih lagi bagi seorang mahasiswa/i. Anggaplah perkara yang terjadi itu sebagai satu peluang untuk anda membetulkan diri.
2) Perbanyakkan berzikir dan berdoa
Jika berasa tertekan, mohonlah kepada-Nya agar diberikan jalan keluar yang terbaik. Banyakkan zikir dan doa. Mengadulah pada-Nya. Anda akan merasai ketenangan. InsyaAllah stress akan dapat anda hindari.
3) Bengkitkan semangat diri
Siapa yang tidak berasa kecewa dan kesal apabila diherdik dan dimarahi orang atasan. Tetapi, itu tidak bermakna kita perlu berhenti dari belajar. kegagalan merupakan proses belajar. Tiupkan kata-kata semangat dalam diri anda. Jika orang lain boleh, kenapa tidak anda.
4) Dapatkan rehat yang mencukupi
Walau bagaimana sibuk pun anda, berilah masa untuk badan anda berehat. Rehat secukupnya dan kosongkan fikiran anda buat sementara waktu. tidur yang berkualiti dapat membantu anda melakukan kerja dengan lebih baik sekaligus dapat menghindarkan stress.
5) Ceritakan pada rakan
Jika anda merasakan sesuatu masalah itu sangat berat untuk dipendam seorang diri, carilah rakan yang anda percayai. Mungkin ini dapat membantu mengurangkan tekanan yang anda rasai.
6) Manjakan diri
Jika anda seorang yang gemar melakukan sesuatu seperti menyanyi,bersiar-siar, luangkan masa walaupun singkat untuk hobi anda. Bersiar-siar di kawasan kampus sudah mencukupi untuk anda tenangkan fikiran jika anda tidak mempunyai masa.
^ diharap sedikit perkongsian ini dapat membantu mahasiswa/i dalam proses menjadi graduan yang berkualiti kelak. ^
*/ salah dan silap harap dapat dibetulkan kerana saya juga dalam proses belajar /*


.jpg)

Ayu,
ReplyDeleteTahniah kerana telah memulakan blog. Penggunaan gambar - menarik.
Untuk post kedua, cuba buat berkenaan persembahan dua minggu lepas. Gunakan teknik "Print Screen" untuk menunjukkan langkah-langkah dalam menghasilkan fungsi Microsoft Word.
Teruskan usaha anda.