Thursday, 8 December 2016

PENGALAMAN PERTAMA DISAHKAN HAMIL

Alhamdulillah... 
Selesema Amanda dah kurang. Dapat la peluang mama nak coret serba sikit kenangan di sini.

Untuk pengetahuan pembaca ( ada ke..hihi ) , Amanda bukanlah yang pertama. Aku pernah mengandung & keguguran sebelum mengandungkan Amanda. 

Pengalaman pertama disahkan hamil, siapa x teruja kan? Sangat teruja. Ini kisahnya.... 

PERTENGAHAN MAC
Aku mula rasa nak demam. Tapi badan xpanas mana. Nak kata sihat pon x sebab aku rasa lemau sangat hari tu. Dipendekkan cerita, suami pon bawak aku ke klinik. Lepas check sementara tunggu ubat, aku sembang2 dengan doktor (lelaki). Aku x demam lagi. Suhu 37.2 ( klu x salah). Then doktor tanya aku bila last period. Aku cakap baru habnis dalam seminggu. Doktor balas "oh. Saya ingatkan kamu pregnant". Aku terkelu & ubat pon sampai. Masa balik aku banyak diam ja dalam kereta sebab terngiang-ngiang lagi apa yang dr. Cakap tadi. 

Dalam hati tertanya-tanya mcm mana kalau betol aku pregnant? Mungkin baru peringkat awal kan. Balik tu aku xmakan pon ubat deman semua tu. Hehe. Nampak x betapa mengharapnya aku walaupon aku kahwin baru 3 bulan. Mana tak nya, dalam tempoh 3 bulan ni kerap ja aku dengar cerita orang kahwin bertahun-tahun xdapat anak dari mulut orang sekeliling. Macam nak tujukan kat aku ja kan. 

Okey. Berbalik pada cerita aku. 

AWAL APRIL
Sampai la hari yang sepatutnya aku datang bulan. Tapi kawan baik aku ni xnak datang juga.. kebetulan hujung minggu tu aku & suami nak balik rumah mak abah aku. Dalam perjalanan tu aku mintak suami singgah 7eleven sebab aku nak beli pregnancy test. Aku beli jenama dip n tell yg 2pcs. x ingat berapa harga tapi agak mahal bagi aku. Cadangnya aku nak test esok pagi tapi suami aku dah bagi hint. Xsabar nampaknya. Hehe. Aku pon akur ja. Dalam hati tawakal dah apa resultnya nanti. Tapi, alhamdulillah. Positif hamil. Nampak lain macam senyiman suami malam tu. Xpernah aku nampak dia senyum macam tu. Gembira bercampur bangga barangkali. Pertama kali kan.

Tapi kegembiraan kami x lama. Allah pinjamkan nikmat tu sementara ja. Dia usik manja kami dengan ujian yang buat kami lebih kuat. Okey. Aku sambung di entry selepas ni :)

Terima kasih yang sudi baca kisah xseberapa aku ni.

Saturday, 19 November 2016

Married :)

Assalamualaikum...
Setelah beberapa hari tertangguh akhirnya dapat jugak masa lapang untuk conteng serba sikit kat sini.. untuk kenangan suatu hari nanti :)

Orang lepas berkahwin, apa yg korang akan fikir? 
Mesti la fikir nak honeymoon kt mana. Betol x?
Aku lepas kahwin dengan suami, kami xpergi honeymoon & xterfikir nak pegi pon. Xtahu kenapa. Tapi kami ada perancangan kami sendiri. 

Majlis kami 3 hari berturut-turut. Memang letih. Hari Jumaat nikah. Sabtu kenduri di rumah aku. Ahad pulak di pihak lelaki. Habis ja majlis, sunyi sepi rumah.. hihi.. jangan salah faham yaa..  sunyi sebab keletihan.. 3 hari kot.. kebas pipi aku senyum xhenti sepanjang 3 hari majlis tu.. entah macam mana laa rupa aku time tu..  

Cerita pasal majlis nanti aku buat pada entry lain.. :)

Suami buat kejutan besar.. yaa.. besar bagi aku.  Mungkin sebab ni jugak kami xsempat nak fikir pasal honeymoon..
Aku dapat tahu, suami baru mulakan bisnes printing. Hasil bantuan dari orang2 terdekat, suami buka sebuah kedai di kampus Unimap Unicity Alam. 

Aku? Mestilah terkejut. Masa tu aku rasa hidup aku bertukar 360°. Persiapan untuk buka kedai tu ambil masa 2 hari sahaja & dah beroperasi seminggu sebelum majlis kami. Suami usahakan sorang dengan bantuan kawan dia yg kebetulan tengah cuti semester..

Mesti korang pelik kan. Yaa.. aku & suami kahwin sebelum kami sempat bekerja. Memang aku risau. Tapi aku percaya,kalau dah rezeki, xkan kemana.. kami yakin ada rezeki untuk kami selepas berkahwin.. 

Walaupon aku graduan ijazah sarjanamuda, tapi aku xkisah bantu suami di kedai kami.. sebab? Sebab hari2 aku dapat jumpa suami.. makan minum suami aku boleh uruskan. Aku xperlu nak risaukan apa2 sebab suami ada depan mata.. aku percaya, semua wanita berkahwin & berkerjaya idamkan kehidupan mcm ni.. betol x?

Dan aku bersyukur aku dapat peluang ni walaupon ada suara-suara sumbang yang bertanyakan apa guna belajar tinggi2? Ijazah letak kemana? Abaikan suara-suara negatif yang nak jatuhkan semangat kita.. kita tahu apa kita nak.. dorang cakap macam tu, ada x dorang tolong korang? X kan.. 

Inshaa Allah ada kelapangan aku sambung lg tentang ni.. ALWAYS BE POSITIVE & ENJOY UR LIFE :) 



Thursday, 3 November 2016

COME BACK

Tiba2 aku rasa nak berblog semula.. kali ni lebih kepada catatan peribadi berkaitan pengalaman aku.. lebih kepada diari laa.. mudah untuk rujukan kemudian hari & untuk tatapan masa depan.. baru ada memori.. yea dok? 

Abaikan post yg lepas2 yg keanak-anakan yea.. hehe..almaklumlah 4 tahun yg lalu kan.. post selepas ini Inshaa Allah akan lebih keibu-ibuan.. waahhh.. rasa berusia sangat..hahaha..