Thursday, 8 December 2016

PENGALAMAN PERTAMA DISAHKAN HAMIL

Alhamdulillah... 
Selesema Amanda dah kurang. Dapat la peluang mama nak coret serba sikit kenangan di sini.

Untuk pengetahuan pembaca ( ada ke..hihi ) , Amanda bukanlah yang pertama. Aku pernah mengandung & keguguran sebelum mengandungkan Amanda. 

Pengalaman pertama disahkan hamil, siapa x teruja kan? Sangat teruja. Ini kisahnya.... 

PERTENGAHAN MAC
Aku mula rasa nak demam. Tapi badan xpanas mana. Nak kata sihat pon x sebab aku rasa lemau sangat hari tu. Dipendekkan cerita, suami pon bawak aku ke klinik. Lepas check sementara tunggu ubat, aku sembang2 dengan doktor (lelaki). Aku x demam lagi. Suhu 37.2 ( klu x salah). Then doktor tanya aku bila last period. Aku cakap baru habnis dalam seminggu. Doktor balas "oh. Saya ingatkan kamu pregnant". Aku terkelu & ubat pon sampai. Masa balik aku banyak diam ja dalam kereta sebab terngiang-ngiang lagi apa yang dr. Cakap tadi. 

Dalam hati tertanya-tanya mcm mana kalau betol aku pregnant? Mungkin baru peringkat awal kan. Balik tu aku xmakan pon ubat deman semua tu. Hehe. Nampak x betapa mengharapnya aku walaupon aku kahwin baru 3 bulan. Mana tak nya, dalam tempoh 3 bulan ni kerap ja aku dengar cerita orang kahwin bertahun-tahun xdapat anak dari mulut orang sekeliling. Macam nak tujukan kat aku ja kan. 

Okey. Berbalik pada cerita aku. 

AWAL APRIL
Sampai la hari yang sepatutnya aku datang bulan. Tapi kawan baik aku ni xnak datang juga.. kebetulan hujung minggu tu aku & suami nak balik rumah mak abah aku. Dalam perjalanan tu aku mintak suami singgah 7eleven sebab aku nak beli pregnancy test. Aku beli jenama dip n tell yg 2pcs. x ingat berapa harga tapi agak mahal bagi aku. Cadangnya aku nak test esok pagi tapi suami aku dah bagi hint. Xsabar nampaknya. Hehe. Aku pon akur ja. Dalam hati tawakal dah apa resultnya nanti. Tapi, alhamdulillah. Positif hamil. Nampak lain macam senyiman suami malam tu. Xpernah aku nampak dia senyum macam tu. Gembira bercampur bangga barangkali. Pertama kali kan.

Tapi kegembiraan kami x lama. Allah pinjamkan nikmat tu sementara ja. Dia usik manja kami dengan ujian yang buat kami lebih kuat. Okey. Aku sambung di entry selepas ni :)

Terima kasih yang sudi baca kisah xseberapa aku ni.

No comments:

Post a Comment