Assalamualaikum...
Setelah beberapa hari tertangguh akhirnya dapat jugak masa lapang untuk conteng serba sikit kat sini.. untuk kenangan suatu hari nanti :)
Orang lepas berkahwin, apa yg korang akan fikir?
Mesti la fikir nak honeymoon kt mana. Betol x?
Aku lepas kahwin dengan suami, kami xpergi honeymoon & xterfikir nak pegi pon. Xtahu kenapa. Tapi kami ada perancangan kami sendiri.
Majlis kami 3 hari berturut-turut. Memang letih. Hari Jumaat nikah. Sabtu kenduri di rumah aku. Ahad pulak di pihak lelaki. Habis ja majlis, sunyi sepi rumah.. hihi.. jangan salah faham yaa.. sunyi sebab keletihan.. 3 hari kot.. kebas pipi aku senyum xhenti sepanjang 3 hari majlis tu.. entah macam mana laa rupa aku time tu..
Cerita pasal majlis nanti aku buat pada entry lain.. :)
Suami buat kejutan besar.. yaa.. besar bagi aku. Mungkin sebab ni jugak kami xsempat nak fikir pasal honeymoon..
Aku dapat tahu, suami baru mulakan bisnes printing. Hasil bantuan dari orang2 terdekat, suami buka sebuah kedai di kampus Unimap Unicity Alam.
Aku? Mestilah terkejut. Masa tu aku rasa hidup aku bertukar 360°. Persiapan untuk buka kedai tu ambil masa 2 hari sahaja & dah beroperasi seminggu sebelum majlis kami. Suami usahakan sorang dengan bantuan kawan dia yg kebetulan tengah cuti semester..
Mesti korang pelik kan. Yaa.. aku & suami kahwin sebelum kami sempat bekerja. Memang aku risau. Tapi aku percaya,kalau dah rezeki, xkan kemana.. kami yakin ada rezeki untuk kami selepas berkahwin..
Walaupon aku graduan ijazah sarjanamuda, tapi aku xkisah bantu suami di kedai kami.. sebab? Sebab hari2 aku dapat jumpa suami.. makan minum suami aku boleh uruskan. Aku xperlu nak risaukan apa2 sebab suami ada depan mata.. aku percaya, semua wanita berkahwin & berkerjaya idamkan kehidupan mcm ni.. betol x?
Dan aku bersyukur aku dapat peluang ni walaupon ada suara-suara sumbang yang bertanyakan apa guna belajar tinggi2? Ijazah letak kemana? Abaikan suara-suara negatif yang nak jatuhkan semangat kita.. kita tahu apa kita nak.. dorang cakap macam tu, ada x dorang tolong korang? X kan..
Inshaa Allah ada kelapangan aku sambung lg tentang ni.. ALWAYS BE POSITIVE & ENJOY UR LIFE :)
No comments:
Post a Comment