Dah lama rasanya saya bercuti dari menulis blog.. sibuk sedikit kerana terlalu banyak kerja yang tertangguh akhir-akhir ini.. ditambah pula dengan peperiksaan pertengahan semester... jadi... blog ini sedikit terabai... kali ini saya ingin menyambung cerita saya yang tergantung mengenai realiti sejarah Palestin.. terdapat 3 persoalan yang saya tinggalkan dan belum dijawab.. hari ini saya ingin mengupas serba sedikit mengenai soalan pertama terlebih dahulu... seperti biasa... salah dan silap di dalam penulisan ini harap ada yang betulkan..kerana saya juga baru dalam perkenalan untuk lebih memahami dan mencintai Palestin..
SIAPAKAH PENDUDUK ASAL PALESTIN YANG SEBENARNYA???
Sejarah telah menyaksikan bahawa bangsa berketurunan Kan'an merupakan bangsa terawal yang menduduki bumi Palestin. Mereka berasal dari Semenanjung Tanah Arab dan berhijrah ke Palestin sejak 4500 tahun dahulu.
Sejak itu, bumi Palestin dikenali sebagai Bumi Kan'an kerana dominasi bangsa tersebut di sana. Rakyat Palestin yang wujud sekarang ini berasal dari keturunan Kan'an, iaitu bangsa dari masyarakat timur Laut Mediterranian yang dikenali sebagai Filistin dan dari bangsa Arab yang berkahwin campur dengan Filistin. Walaupun Palestin sentiasa diperintah oleh pelbagai bangsa dan kumpulan dalam beberapa tempoh, namun rakyatnya yang asal terus duduk di situ dengan aman.
Apabila Islam muncul, majoriti daripada orang Palestin ini telah memeluk agama Islam dan perlahan-lahan mengadaptasi bahasa Arab sebagai bahasa utama mereka. selaras dengan kepesatan perkembangan agama Islam di sana. Bahkan, identiti Islam di bumi Palestin tetap berdiri kukuh dan berpanjangan sepanjang sejarah Islam, bermula dengan penaklukan kuasa Islam pada tahun 15 Hijrah (636 Masihi) sehingga sekarang. Kebenaran fakta ini tetap tidak boleh dinafikan walaupun sebahagian besar penduduk Muslim Palestin (yg dianggarkan kira-kira 6 juta orang) telah dihalau oleh pihak Zionis semenjak 1948 dan menjadi pelarian di dalam dan di luar negara mereka...
SESEORANG YANG TIDAK PERNAH MERASAI KEPAHITAN DALAM HUDUP TIDAK AKAN MENGENAL ERTI KEMANISAN DALAM HIDUPNYA....
Sunday, 29 April 2012
VIDEO KORPORAT UKM-MALAY
untuk video korporat UKM yang mana memaparkan jabatan-jabatan dan fakulti yang terdapat di UKM.. sewaktu pertama kali melihat video ini iaitu pada minggu orentasi..video ini dipasangkan di DECTAR.. terasa mendapat satu semangat baru.. mungkin ketika itu fikiran tengah kosong dan video ini sangat-sangat memberi kesan pada saya... kali kedua melihatnya sekitar bulan 11 tahun 2011 iaitu ketika dipilih menjadi fasilitator bagi program 'Road To U'..program ini dianjurkan oleh Kolej Matrikulasi Perlis dimana mereka memilih mantan pelajar KMP sendiri untuk memberi gambaran mengenai kehidupan di universiti kepada pelajar-pelajar matrikulasi.. sewaktu program ini berlansung lah tiba-tiba terasa bangga kerana video korporat UKM dimainkan dan seisi dewan nampak teruja.. sewaktu diminta untuk mengulas mengenai video ini, hati aku terus teringatkan pengalaman di sana... ternyatalah video ini dapat memberikan satu semangat baru dalam diri seseorang yang menghayatinya sama ada pelajar UKM sendiri mahupun tidak... selepas tayangan video tersebut, kami fasilitator dari UKM dihujani pelbagai soalan mengenai UKM dan kos yang ditawarkan disini.. nampaknya mereka berminat dengan UKM.. adakah FEP akan terus dihujani oleh pelajar KMP seperti sekarang??? sesi 2012/2013 akan memberi jawapan...... akhir kata, aku bangga menjadi pelajar UKM, dan bagi aku video-video begini adalah video yang terbaik untuk tatapan orang luar kerana bentuk penyampaian yang mengagumkan....
DARI KACAMATA PELAJAR
Untuk video pertama ini, walaupun tajuknya dari kacamata pelajar, tetapi bagi saya apa yang dipaparkan dalam video tersebut bukan hakikat sebenar yang berlaku di UKM.... apa yang dipaparkan bukan lah pendapat ataupun suara majoriti tetapi hanya 4 orang yang dipilih sahaja...nampak jelas mereka berlakon..kalau ya pun nak nampak profesional cuba bagi nampak natural sikit..kebetulan terjumpa orang yang ingin ditemuramah dan bertanya..tak la nampak berlakon sangat... saya sedikit kecewa dan apa yang terlintas di minda saya sewaktu melihat video tersebut " hipokritnya".pada pendapat saya boleh juga dipaparkan kepelbagaian kaum yang ada di UKM ini di mana pelajar-pelajar yang pelbagai kaum ini belajar bersama..makan bersama..dan menjalankan aktiviti bersama...ini akan lebih menarik bagi saya kerana UKM merupakan universiti kebangsaan...satu-satunya universiti kebangsaan yang semestinya menjadi kebanggaan semua.. banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan jika ingin merakamkan video sebegini pada masa akan datang.. ini hanyalah pendapat dari kacamata seorang pelajar...
dari kacamata pelajar
UKM
mengilham harapan,,mencipta masa depan
dari kacamata pelajar
UKM
mengilham harapan,,mencipta masa depan
Wednesday, 18 April 2012
SEJARAH PALESTIN
LATAR BELAKANG
Palestin melakar sejarah yang panjang seawal zaman Nabi Ibrahim sehingga kini. Sejarah Palestin berkait rapat dengan sejarah Bani Israel. lantaran sejarah yang berkurun-kurun panjangnya itu , ramai anggota masyarakat di malaysia malah seluruh dunia tidak mempunyai maklumat dan pengetahuan yang jelas tentang palestin. secara formal, sejarah palestin tidak pernah menjadi modul utama pendidikan.
justeru itu, tidak pelik untuk mendapati sebahagian masyarakat malaysia melihat konflik 'palestin -israel' dari sudut pertelingkahan antara umat yg berbeza agama semata-mata. bergerak lebih jauh mendalam , sebahagian anggota masyarakat yang lain melihat konflik tersebut sebagai isu kezaliman sesama manusia,isu rampasan pemilikan kawasan tanah dan harta benda, isu pertikaian sempadan negara dan isu konflik perkauman atau kebangsaan.
persoalannya.... benarkah begitu kedudukan dan letaknya isu konflik 'palestin-israel' ini?????
untuk menjawab persoalan ini, tidak boleh tidak, rentetan sejarah kemanusiaan perlu disingkap dan dilihat secara teratur.....
siapakah penduduk asal palestin yang sebenarnya???
apa kaitan kaum yahudi gengan bumi palestin ???
bagaimana pula dengan dakwaan kaum yahudi bahawa milik merekalah penduduk asal bumi palestin???
KLIK

Tuesday, 17 April 2012
SUATU PERKENALAN
Gambar ni diambil ketika berada di BEE FARM Cameron Highland.. apa yang aku xdapat lupakan ialah perkenalan aku dengan rakan-rakan sekolej yang sebelum ni tidak pernah bertegur sapa.
ternyata lawatan yang aku ikut ni mencapai matlamatnya iaitu mengeratkan hubungan antara ahli Kelab Keusahawanan kolej Antarabangsa Ibu Zain.
aku rasa lebih bersemangat untuk menjalankan tugas selepas ini kerana kerja akan menjadi lebih mudah apabila kita mengenali dengan dekat orang bekerja bersama. kerjasama menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. aku harap sangat program macam ni dapat di jalankan lagi pada masa akan datang.
pengisian program ni bukan hanya untuk berseronok. banyak yang kami belajar. macam aku sendiri. aku diberi tugas untuk menguruskan bahagian makanan bersama rakan Aliyana.. memang xpernah uruskan bahagian makanan sebelum ni.. kerjasama dan tunjuk ajar dari felo penasihat sendiri dan Yana yang dah berpengalaman dalam menguruskan bahagian ni embuatkan ianya berjaya walaupun bermacam macam masalah yang kami hadapi.
aku amat berterima kasih kepada semua yang membantu. Insyaallah... apa yang aku beljar ni akan aku gunakan pada masa depan.. kenangan dengan kawan-kawan tak aku lupakan.....
PENGENALAN
Sebelum ini saya ada post tentang apakah yang berlaku disebaliknya jika kita mengiktiraf kewujudan israel. tetapi saya percaya ramai antara kita belum mengenali dan mengetahui tentang negara palestin termasuklah diri saya sendiri. bagi mewujudkan rasa kasih dan sayang dalam diri kita pada palestin, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang negara palestin. kata orang xkenal maka x cinta..........
PENGENALAN NEGARA PALESTIN
PALESTIN (bahasa Arab : Falastin, bahasa Ibrani : Palestina ) ialah nama yang digunakan dengan meluas sejak era Rom lagi untuk merujuk kepada kawasan di Timur Tengah di antara laut Mediterranean dan Sungai Jordan.
PENGERTIAN DARI SEGI GEOGRAFI
PENGERTIAN LUAS - Palestin merujuk kepada kawasan yang merangkumi negara Israel kini dan wilayah-wilayah Palestin,sebahagian daripada Jordan, Lubnan dan Syria.
PENGERTIAN SEMPIT - Palestin merujuk kepada kawasan di dalam sempadan bekas Mandat British di Palestin (1920-1948) di sebelah barat Sungai Jordan.
Hari ini, Palestin juga digunakan untuk merujuk kepada ' Negara Palestin' asal, yang dijuangkan oleh HAMAS iaitu kawasan atau sempadan sebelum tahun 1948.
REALITI NEGARA PALESTIN DI PETA DUNIA
Dari pengertian peta geografi, Negara Palestin telah tidak ada sejak tahun 1948 iaitu berikutan peristiwa 'Nakbah' yang bermaksud 'malapetaka atau bencana' terjadi pada 15 Mei 1948 apabila negara haram Israel diisytiharkan dan lebih 700 ribu rakyat asal Palestin terpaksa keluar melarikan ke Mesir, Jordan, Lubnan, Syria dan banyak negara-negara lain akibat tekanan ( serangan ) tentera dan samseng Zionis-Israel.
Sehingga sekarang, Palestin belum menjadi anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di PBB. Presiden Mahmoud Abbas (telah hampir 2 tahun tamat tempoh jawatan) baru sahaja memohon untuk Palestin menjadi anggota penuh PBB pada 23 September 2011 yang lalu.

SEDIKIT PERKONGSIAN ILMU
Beberapa minggu yang lepas, saya ada membentangkan tentang 'DRY CLEANING' untuk subjek 'academic communication' iaitu semasa information sharing di mana banyak keburukannya kepada individu itu sendiri iaitu kepada pengguna yang memakai baju yang di cuci menggunakan cucian kering ini dan juga pekerja yang melakukan khidmat cucian kering ini.
cuba lihat baju-baju yang kita beli. kebanyakannya dilabel dengan 'DRY CLEANING ONLY'
kebanyakkan pakaian yang dilabel dengan label ini ialah t-shirt dan pakaian seragam.
pendedahan kepada bahan kimia yang digunakan untuk cucian kering akan meningkatkan risiko penyakit kanser dan juga penyakit-penyakit lain
goloangan yang banyak terdedah dengan bahan kimia ini adalah pekerja itu sendiri di samping isi rumah dan binatang peliharaan si pengguna khidmat cucian kering.
cucian kering ini memerlukan kos yang tinggi dan semestinya lebih mahal berbanding mencuci pakaian di rumah.
kita boleh menggunakan cucian yang lebih mesra alam di rumah dengan kos yang lebih rendah. disamping menjaga alam sekitar dan kesihatan, kita dapat menjimatkan kos dan mengurangkan perbelanjaan.
jika kita memikirkan secara mendalam dan menghitung wang yang kita belanjakan untuk cucian kering ini bersama dengan kos kesihatan kita yang terjejas dan tiada nilainya di samping kos alam sekitar dan pencemaran yang telah kita lakukan, kita akan menyedari yang kosnya sangat tinggi.
nasihat saya kurangkan penggunaan khidmat cucian kering ini demi keselamatan dan menjaga kesihatan kita.
jika sesuatu telah berlaku menyesal tiada guna.
salah silap mohon dibetulkan.................
HIDUP SEORANG INSAN
BAHAGIAN KEDUA
Si anak kecil berdoa di dalam hati mengharap ada seseorang yang akan membantunya melepaskan diri dari lelaki tersebut. Dia sudah tidak mampu untuk melepaskan diri. tenaga kanak-kanak nya sudah habis.. lelaki tadi melepaskan tangannya yang menutup mulut kanak-kanak tersebut. Lantas anak kecil itu terus menjerit meminta tolong.. Dia ditolak dan dipukul dengan kasar oleh lelaki tersebut. tetapi, selagi terdaya dia bertekad untuk tidak menyerah kalah. sikap inilah yang membuatkan aku kagum dengannya.. dia seorang yang sangat kuat walaupun ditimpa bermacam dugaan..
sakit badannya tidak terkata..tapi mengalah tidak sekali.. tiba-tiba pintu bilik diketuk. lelaki tersebur tidak mahu membuka. kanak-kanak tadi lantas menjerit meminta orang diluar membantunya.. suara seorang wanita kedengaran tegas meminta pintu dibuka. akhirnya lelaki itu mengalah..anak kecil itu terus mencapai barang dapur yang di pesan ibunya dan berlari keluar dari bilik tersebut. anak kecil berdiri di belakang wanita yang membantuku itu. dia merupakan ibu saudara lelaki itu. riak mukanya amat terkecut melihat kanak-kanak itu berada di dalam bilik lelaki tersebut dan dia sudah mengagak apa yang berlaku.
anak kecil itu terus pulang ke rumah. sudah lama ibunya menunggu barang yang dipesan.
ibu : kakak pegi mana? lama sangat. ibu nak masak. dah lewat ni. nanti abah balik nak makan.
anak kecil itu hanya mendiamkan diri sambil menyuakan plastik yang berisi barang dapur kepada ibunya. beliau tidak menceritakan kepada sesiapa termasuk ibunya tentang kejadian yang telah berlaku. hari itu merupakan hari yang amat suram bagi dirinya. dia lebih banyak termenung seorang diri. perubahan yang berlaku dalam dirinya disedari ibunya tetapi ibunya tidak mengesyaki apa-apa. anak kecil itu menjadi trauma dan berasa takut untuk ke kedai lagi.
keesokkan harinya, ibunya bertanya apa yang berlaku kelmarin. kanak-kanak itu hanya mendiamkan diri. rupa-rupanya, wanita yang membantunya itu telah menceritakan apa yang berlaku kepada ibunya dan mensihatkan ibunya untuk berhati-hati. jangan membiarkan anaknya pergi kemana-mana seorang diri.
selepas kejadian yang berlaku, kanak-kanak yang ceria itu telah berubah menjadi seorang yang amat pendiam dan takut untuk berkawan sehingga hari ini. walau kemana dia pergi, kenangan pahit itu sentiasa bermain di ingatan dan menjadi peringatan bagi dirinya dalam pergaulan pada hari ini.
selepas beberapa ketika.. anak kecil telah beransur pulih dari traumanya. dia telah berusia 7 tahun..dia mula berkawan dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya. anak kecil ini sangat rapat dengan ayahnya. ayahnya sangat penyayang dan sentiasa memberikan kata-kata nasihat kepadanya.
suatu hari, kanak-kanak ini mengikut rakannya bermain di tepi sungai. dia ingat akan pesn ayahnya yang melarang dia bermain di situ. tapi kanak-kanak yang baru berusia 7 tahun ini tidak berfikir panjang. dengan mudahnya dia terpengaruh dengan rakannya yang yang sedang bermain air. ketika itu air sedang pasang. kebetulan ketika dia baru mencecahkan kaki ke air,ayahnya melalui jalan dibelakang sungai itu dan ternampak anaknya sedang bermain di tepi sungai.
ayahnya terus berhenti dan menarik tangan anak kecil pergi ke motor. ayahnya membonceng motosikal tersebut tetapi anak kecil itu tidak debenarkan naik. tangannya dipegang. anak itu berlari mengejar motor yang dinaiki ayahnya tetapi lariannya tidak dapat menyaingi kelajuan motor tersebut. dia terjatuh berkali-kali tetapi tangannya tidak dilepaskan oleh ayahnya. ayahnya menariknya untuk bangun dan berlari lagi. ayahnya berhenti di rumah datuk. sampainya dirumah, anak kecil itu menangis. menangis kerana dimarahi ayahnya sampai begitu sekali.tangisannya semakin kuat sehingga didengari oleh neneknya. kebetulan ibunya berada di situ. mereka bergegas keluar dan bertanya apa yang berlaku.
nenek sangat terkejut melihat luka di lutut dan kaki cucunya.. selepas ditegur, anak kecil itu melihat kakinya dan tangisannya semakin kuat. lukanya sangat dalam kerana terseret ketika beberapa kali terjatuh.. ayahnya hanya mendiamkan diri................

Saturday, 14 April 2012
HIDUP SEORANG INSAN
tiba-tiba aku teringatkan satu kisah.. kisah yang terjadi di depan mata seorang insan yang amat aku kenali. perjalanan hidupnya yang aku rasakan pedih.. dan tidak semua orang mengerti apa yang dirasainya.....
BAHAGIAN PERTAMA
Perkongsiannya bermula seawal usianya 5 tahun.. pada usia ini, anak-anak kecil yang lain sedang leka bermain. tetapi anak ini perlu membantu ibunya di rumah. melakukan kerja -kerja rumah. Pada suatu hari, dalam perjalanan anak kecil ini selepas pulang membeli barang seorang diri, beliau disapa oleh seorang lelaki. Anak yang tidak mengerti ini memberhentikan perjalanannya. seorang lelaki berusia belasan tahun menunjukkan sepasang anting-anting.
sedikit latar belakang cerita.....
-watak utama merupakan seorang kanak-kanak perempuan
-berasal dari keluarga sederhana
- merupakan anak pertama dalam keluarga
- ibu dan ayahnya berkahwin pada usia yang muda
apabila ternampak anting-anting tersebut, hati kanak-kanak ini tertarik untuk mendekati lelaki tersebut.
remaja lelaki : adik nak anting-anting ni?
anak kecil : nak.
remaja lelaki : kalau adik nak, adik masuk dalam rumah abang. anting- anting ni semua ada di dalam.
anak kecil yang berminat dengan perhiasan itu masuk ke dalam bersama barang rumah yang di pesan ibunya.
tanpa diduga, dia ditangkap oleh lelaki tadi dan mulutnya ditekup dengan tangan. kanak-kanak ini berada dalam ketakutan yang amat sangat. lelaki tadi membawanya masuk ke dalam satu bilik. apa yang dapat seorang anak kecil berusia 5 tahun ini lakukan selain menangis mengharapkan ada yang membantunya.. dia hanya mampu menjerit di dalam hati. " ibu....kakak takut...tolong kakak bu..."

CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG
Dalam kesibukkan menyiapkan tugasan yang banyak tergendala sebelum ini,, aku nak kongsikan apa yang baru aku baca petang tadi iaitu berkaitan dengan ciri - ciri seorang pelajar yang cemerlang.
antaranya ialah....
SENTIASA BERSEMANGAT DAN MEMBERI KOMITMEN DI DALAM KELAS
Seseorang pelajar yang cemerlang akan sentiasa memberikan yang terbaik. Akan memberikan sepenuh perhatian pada apa yang diajarkan. Pelajar yang cemerlang juga akan melakukan yang terbaik untuk apa sahaja tugasan yang diberkan..
MENGHORMATI PEMBERI ILMU
kita perlu sentiasa menghormati seseorang yang sedang memberi ilmu kerana itu merupakan salah satu adab belajar..untuk menjadi Pelajar yang terbaik kita perlu sentiasa menghormati orang lain terutamanya orang yang mengajar kita..
AMANAH
Amanah merupakan sikap yang penting.. kita perlu sedar bahawa bersikap jujur adalah sesuatu yang jauh lebih baik dari menipu orang lain mahupun diri sendiri demi menutup kesalahan diri.. jika ingin menjadi seseorang yang cemerlang, kita perlu mengamalkan sikap amanah dan jujur dalam setiap perbuatan.
ISTIQOMAH
dalam melakukan sebarang pekarjaan, kita perlulah istiqomah iaitu melakukannya secara berterusan..
BERDISIPLIN
jika ingin menjadi manusia cemerlang, disiplin perlulah menjadi pegangan hidup tidak kira dari segi apa sekalipun.. sebagai seorang muslim, anak soleh/solehah atau pun pelajar.
SENTIASA BERDOA DAN BERTAWAKKAL
sebagai seorang muslim, kita memang sudah mengetahui bahawa selain berusaha, kita perlu meminta kepada Yang Esa. dan setelah berusaha sehabis baik, bertawakkal lah.. InsyaAllah dengan izinNya..

Subscribe to:
Comments (Atom)