Dah lama rasanya saya bercuti dari menulis blog.. sibuk sedikit kerana terlalu banyak kerja yang tertangguh akhir-akhir ini.. ditambah pula dengan peperiksaan pertengahan semester... jadi... blog ini sedikit terabai... kali ini saya ingin menyambung cerita saya yang tergantung mengenai realiti sejarah Palestin.. terdapat 3 persoalan yang saya tinggalkan dan belum dijawab.. hari ini saya ingin mengupas serba sedikit mengenai soalan pertama terlebih dahulu... seperti biasa... salah dan silap di dalam penulisan ini harap ada yang betulkan..kerana saya juga baru dalam perkenalan untuk lebih memahami dan mencintai Palestin..
SIAPAKAH PENDUDUK ASAL PALESTIN YANG SEBENARNYA???
Sejarah telah menyaksikan bahawa bangsa berketurunan Kan'an merupakan bangsa terawal yang menduduki bumi Palestin. Mereka berasal dari Semenanjung Tanah Arab dan berhijrah ke Palestin sejak 4500 tahun dahulu.
Sejak itu, bumi Palestin dikenali sebagai Bumi Kan'an kerana dominasi bangsa tersebut di sana. Rakyat Palestin yang wujud sekarang ini berasal dari keturunan Kan'an, iaitu bangsa dari masyarakat timur Laut Mediterranian yang dikenali sebagai Filistin dan dari bangsa Arab yang berkahwin campur dengan Filistin. Walaupun Palestin sentiasa diperintah oleh pelbagai bangsa dan kumpulan dalam beberapa tempoh, namun rakyatnya yang asal terus duduk di situ dengan aman.
Apabila Islam muncul, majoriti daripada orang Palestin ini telah memeluk agama Islam dan perlahan-lahan mengadaptasi bahasa Arab sebagai bahasa utama mereka. selaras dengan kepesatan perkembangan agama Islam di sana. Bahkan, identiti Islam di bumi Palestin tetap berdiri kukuh dan berpanjangan sepanjang sejarah Islam, bermula dengan penaklukan kuasa Islam pada tahun 15 Hijrah (636 Masihi) sehingga sekarang. Kebenaran fakta ini tetap tidak boleh dinafikan walaupun sebahagian besar penduduk Muslim Palestin (yg dianggarkan kira-kira 6 juta orang) telah dihalau oleh pihak Zionis semenjak 1948 dan menjadi pelarian di dalam dan di luar negara mereka...




hi ayu... begitu semangat ngan Palestin.. good job.. moga berterusan
ReplyDelete