Tuesday, 17 April 2012

PENGENALAN

Sebelum ini saya ada post tentang apakah yang berlaku disebaliknya jika kita mengiktiraf kewujudan israel. tetapi saya percaya ramai antara kita belum mengenali dan mengetahui tentang negara palestin termasuklah diri saya sendiri. bagi mewujudkan rasa kasih dan sayang dalam diri kita pada palestin,  saya ingin berkongsi serba sedikit tentang negara  palestin. kata orang xkenal maka x cinta..........


PENGENALAN NEGARA PALESTIN


PALESTIN (bahasa Arab : Falastin, bahasa Ibrani : Palestina ) ialah nama yang digunakan dengan meluas sejak era Rom lagi untuk merujuk kepada kawasan di Timur Tengah di antara laut Mediterranean dan Sungai Jordan.


PENGERTIAN DARI SEGI GEOGRAFI


PENGERTIAN LUAS - Palestin merujuk kepada kawasan yang merangkumi negara Israel kini dan wilayah-wilayah Palestin,sebahagian daripada Jordan, Lubnan dan Syria.


PENGERTIAN SEMPIT - Palestin merujuk kepada kawasan di dalam sempadan bekas Mandat British di Palestin (1920-1948) di sebelah barat Sungai Jordan.


Hari ini, Palestin juga digunakan untuk merujuk kepada ' Negara Palestin' asal, yang dijuangkan oleh HAMAS iaitu kawasan atau sempadan sebelum tahun 1948.


 REALITI NEGARA PALESTIN DI PETA DUNIA


Dari pengertian peta geografi, Negara Palestin telah tidak ada sejak tahun 1948 iaitu berikutan peristiwa 'Nakbah' yang bermaksud 'malapetaka atau bencana' terjadi pada 15 Mei 1948 apabila negara haram Israel diisytiharkan dan lebih 700 ribu rakyat asal Palestin terpaksa keluar melarikan ke Mesir, Jordan, Lubnan, Syria dan banyak negara-negara lain akibat tekanan ( serangan ) tentera dan samseng Zionis-Israel.


Sehingga sekarang, Palestin belum menjadi anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di PBB. Presiden Mahmoud Abbas (telah hampir 2 tahun tamat tempoh jawatan) baru sahaja memohon untuk Palestin menjadi anggota penuh PBB pada 23 September 2011 yang lalu.





No comments:

Post a Comment