BAHAGIAN KEDUA
Si anak kecil berdoa di dalam hati mengharap ada seseorang yang akan membantunya melepaskan diri dari lelaki tersebut. Dia sudah tidak mampu untuk melepaskan diri. tenaga kanak-kanak nya sudah habis.. lelaki tadi melepaskan tangannya yang menutup mulut kanak-kanak tersebut. Lantas anak kecil itu terus menjerit meminta tolong.. Dia ditolak dan dipukul dengan kasar oleh lelaki tersebut. tetapi, selagi terdaya dia bertekad untuk tidak menyerah kalah. sikap inilah yang membuatkan aku kagum dengannya.. dia seorang yang sangat kuat walaupun ditimpa bermacam dugaan..
sakit badannya tidak terkata..tapi mengalah tidak sekali.. tiba-tiba pintu bilik diketuk. lelaki tersebur tidak mahu membuka. kanak-kanak tadi lantas menjerit meminta orang diluar membantunya.. suara seorang wanita kedengaran tegas meminta pintu dibuka. akhirnya lelaki itu mengalah..anak kecil itu terus mencapai barang dapur yang di pesan ibunya dan berlari keluar dari bilik tersebut. anak kecil berdiri di belakang wanita yang membantuku itu. dia merupakan ibu saudara lelaki itu. riak mukanya amat terkecut melihat kanak-kanak itu berada di dalam bilik lelaki tersebut dan dia sudah mengagak apa yang berlaku.
anak kecil itu terus pulang ke rumah. sudah lama ibunya menunggu barang yang dipesan.
ibu : kakak pegi mana? lama sangat. ibu nak masak. dah lewat ni. nanti abah balik nak makan.
anak kecil itu hanya mendiamkan diri sambil menyuakan plastik yang berisi barang dapur kepada ibunya. beliau tidak menceritakan kepada sesiapa termasuk ibunya tentang kejadian yang telah berlaku. hari itu merupakan hari yang amat suram bagi dirinya. dia lebih banyak termenung seorang diri. perubahan yang berlaku dalam dirinya disedari ibunya tetapi ibunya tidak mengesyaki apa-apa. anak kecil itu menjadi trauma dan berasa takut untuk ke kedai lagi.
keesokkan harinya, ibunya bertanya apa yang berlaku kelmarin. kanak-kanak itu hanya mendiamkan diri. rupa-rupanya, wanita yang membantunya itu telah menceritakan apa yang berlaku kepada ibunya dan mensihatkan ibunya untuk berhati-hati. jangan membiarkan anaknya pergi kemana-mana seorang diri.
selepas kejadian yang berlaku, kanak-kanak yang ceria itu telah berubah menjadi seorang yang amat pendiam dan takut untuk berkawan sehingga hari ini. walau kemana dia pergi, kenangan pahit itu sentiasa bermain di ingatan dan menjadi peringatan bagi dirinya dalam pergaulan pada hari ini.
selepas beberapa ketika.. anak kecil telah beransur pulih dari traumanya. dia telah berusia 7 tahun..dia mula berkawan dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya. anak kecil ini sangat rapat dengan ayahnya. ayahnya sangat penyayang dan sentiasa memberikan kata-kata nasihat kepadanya.
suatu hari, kanak-kanak ini mengikut rakannya bermain di tepi sungai. dia ingat akan pesn ayahnya yang melarang dia bermain di situ. tapi kanak-kanak yang baru berusia 7 tahun ini tidak berfikir panjang. dengan mudahnya dia terpengaruh dengan rakannya yang yang sedang bermain air. ketika itu air sedang pasang. kebetulan ketika dia baru mencecahkan kaki ke air,ayahnya melalui jalan dibelakang sungai itu dan ternampak anaknya sedang bermain di tepi sungai.
ayahnya terus berhenti dan menarik tangan anak kecil pergi ke motor. ayahnya membonceng motosikal tersebut tetapi anak kecil itu tidak debenarkan naik. tangannya dipegang. anak itu berlari mengejar motor yang dinaiki ayahnya tetapi lariannya tidak dapat menyaingi kelajuan motor tersebut. dia terjatuh berkali-kali tetapi tangannya tidak dilepaskan oleh ayahnya. ayahnya menariknya untuk bangun dan berlari lagi. ayahnya berhenti di rumah datuk. sampainya dirumah, anak kecil itu menangis. menangis kerana dimarahi ayahnya sampai begitu sekali.tangisannya semakin kuat sehingga didengari oleh neneknya. kebetulan ibunya berada di situ. mereka bergegas keluar dan bertanya apa yang berlaku.
nenek sangat terkejut melihat luka di lutut dan kaki cucunya.. selepas ditegur, anak kecil itu melihat kakinya dan tangisannya semakin kuat. lukanya sangat dalam kerana terseret ketika beberapa kali terjatuh.. ayahnya hanya mendiamkan diri................
No comments:
Post a Comment