Thursday, 7 June 2012

kuih ohh kuih


ini laa biskut yang pertama kami buat untuk sesi kali ni.... study week orang lain sibuk dengan buku-buku,, tapi aku sibuk balik buat benda ni.. excited sangat,,, sebelum ni duk rumah tengok pun malas.. heheh.. hari tu aku ada janji nak tunjuk sikit proses buat biskut-biskut ni,, tapi sori laa.. aku tak ambik gambar waktu bancuh adunan dia.


jemu jugak laa buat biskut ni.. rasa macam dalam kuliah yang sangat-sangat bosan. sebab tu laa biskut ni kena buat awal-awal... kalau buat bulan puasa ni,, masing-masing tidur laa jawabnya.... tak dinafikan nak buat biskut ni kena kreatif sikit.. sikit ja.. xbanyak.. macam dalam kelas seni lukis..hee


ni bunga yang paling simple dan senang..sebab nak cepat siapkan order.. kalau rajin, baru la buat yang rumit sikit..
lepas lukis semua,, bakar... dan siap.. !
biarkan sejuk sekejap,,lepas tu boleh la isikan dalam tapaware.. jangan biar lama sangat, nanti lembut biskut ni..x sedap pulak..



selalunya untuk biskut ni kami isi 50 biji untuk 1 tapaware.
lepas tu tapekan,, dan masukkkan dalam kotak..

 dah siap.. ni semua biskut yang dah siap dan akan dihantar ke sebuah kilang di Selangor ni... baru 100 kotak ++.....

biskut-biskut lain yang kami buat.....

banyak lagi... nanti kalau aku balik perlis lagi,, aku update ok !
tengok bentuk mungkin sama dengan biskut yang orang lain buat.. tapi rasa memang berbeza.... 
setakat ni dulu...........




Sunday, 27 May 2012

RIADAH TIME !

Setelah penat ber ' futsal' tiba-tiba..tuuttt..tuuttt...mesej masuk... "jom p Danau... Lama  tak berenang " aku pun aku pn dengan malasnya menyuruh Ikhwani  membalas... "ok"... lbeyh kurang jam 5.45 petang kami pun memulakan perjalanan ke Danau... sesampainya di sana..fuhh!! Ramainya... maklum lah..hari minggu.. tapi disebabkan terlampau penat..aku rasa macam sesak nafas bila berada dalam air.. susah sangat nak bernafas..jadi..aku hanya berendam ja laa dalam tuh... tak nak menambah penat yang bersisa... aku tengok ja kawan-kawan aku berenang..maen kejar-kejar dalam air.. tapi walau penat macam mana pun,,tetap best!!!




aku rasa aktiviti macam ni kalau kita buat ramai2 mesti lagi best kan?? tapi bukan laa kat danau..tempat yg best sikit laa... itu saja perkongsian aku... jom nanti g Danau sama-sama!!

Tuesday, 15 May 2012

RATU di HATIKU

13 Mei Hari Ibu kan? Tapi kita sebagai orang beragama Islam x boleh sambut Hari Ibu ni.. Bagi aku... hari-hari adalah hari ibu... adalah kamu telefon ibu kamu setiap hari? setiap pagi sebelum kelas... memohon restu dari dia.. Tahukah kamu betapa besarnya ganjaran yang diterima jika kamu menghabiskan sedikit kredit untuk menelefon  ibu... tidak ramai yang mengamalkannya.. membiasakan diri telefon ibu pada setiap hari.. tapi aku.. Alhamdulillah sampai saat ini aku masih mengamalkannya walaupun kadang-kadang sangat sibuk.. kalu tak telefon sehari, mesti mak aku sendiri yang akan telefon aku malam tu.. mungkin sebab sudah menjadi kebiasaan setiap hari pasti bertanyakan khabar....


ibu,jasa dan pengorbananmu tak dapat aku balas.. hanya doa dapat ku kirimkan.. agar engkau sihat sentiasa.. meneruskan hari-harimu yang indah... ibu,,senyummu amat ku rindui.. entah bila kan bersua lagi... hanya suara pengubat hati...


aku nak share satu video..aku pasti..ramai antara rakan-rakan aku yang dah tengok video ni..apa yang penting,, sama-samalah kita berdoa moga kita tidak tergolong dalam golongan anak yang melupakan jasa ibu bapa...
kepada abah.. setiap suap nasi yang masuk dalam mulut ni, aku akan tebayangkan wajah abah yang keletihan pulang dari laut...... jika aku berjaya kelak....akan ku balas pengorbanan abah memberikan yang terbaik untukku.. tak pernah aku rasa kurang dengan rakan yang lain..itu lah abah,,yang sentiasa risau kalau-kalau anaknya berasa serba kurang dari rakan lain... hinggakan aku menjadi takut dengan belanja yang abah berikan kepada kami.. takut kalau-kalau kami lupa daratan... hanyut dalam kemewahan...sedangkan abah bertungkus lumus demi memberi kami kehidupan yang terbaik...terima kasih mak...terima kasih abah...



NI LAA GAMBARAN KALAU AIR PASANG KAT ,,DEPAN UMAH AKU..





IBU YANG DITINGGALKAN

...BIARKAN DIA PERGI....

Biarkan dia pergi,
jangan di kesalkan, 
Tuhan lebih mengerti,
andai ada suratan...

heheh...menyanyi pulak aku ni.. semasa terlihat tajuk pos ni, apa yang anda semua fikir?? cinta? si dia? kawan? mak? ayah??

sebenarnya post ini adalah berkaitan dengan hati. Kalau cakap hati tu, mesti sudah  faham kan. ia mesti lah melibatkan soal perasaan.. Perasaan apakah Itu?? 

Cinta dan menyintai,,, apa yang anda semua tahu tentang cinta? sudah ada pengalaman bercinta ka? berapa kali? dan dalam setiap perkenalan itu, apa yang anda belajar?

ada sesetengah orang sangat percayakan cinta pertama.. selalunya perempuanlah.. kerana perempuan ni yang saya tahu empunyai hati yang lembut, ada juga yang terlalu jujur dan selalunya amat setia jika pertama kali bercinta.. betul ka?  tidk dinafikan, cinta pertama memeang tidak mudah untuk dilupakan.. memang lah.. hati kita tengah kosong..kosong...kosong... tiba-tiba datang si dia yang berjaya mengisi setiap kekosongan yang ada.. waktu itu, orang sekeliling pun kita dah tak nampak.. celik mata,nama si dia ja yang diingati,, sebenarnya salah  jika kita melupakan rakan hanya kerana taksub bercinta.. kalau ada masalah..siapa yang kita cari?? adakah si dia akan bersama kita setiap masa apabila diperlukan? adakah dia cinta yang kekal abadi? sure ka dia jodoh yang ditentukan buat anda?

sangat mudah untuk kita menjadi cinta pertama..tapi sukar untuk kita menjadi yang terakhir dalam hidupnya... sesetengah orang, amat percaya pada cinta pertama.. kononnya si dia yang memiliki cinta pertama anda itulah jodoh anda.. pasti ka? memang la dia sorang ja yang anda nampak.. anda tak pernah bercinta dengan yang lain.. betul tak? macam la kalau tiba-tiba bila bercinta dengan yang lain, orang tu lagi baik dari dia? adakah anda akan tetap dengan pendirian cinta pertama anda?

macam mana anda tahu dia cinta sejati sedangkan anda baru pertama kali menyukai seseorang? tak tahu pun cinta tuh macam mana.. entah ke salah tekaan anda itu...

jadi....tidak kisahlah siapa yang pertama di hati kita... tapi percayalah.. yang kesepuluh sekali pun,, anda tetap akan merasa bahagia dan anda akan percaya.. inilah cinta pertama saya... kerana cinta sangat subjektif.. kita tidak pernah merasai nya sampai tiba masanya dengan si dia yang diciptakan untuk kita... jadi..nasihat saya untuk rakan-rakan... janganlah membazirkan masa dan hidup anda hanya kerana percaya pada cinta pertama..mungkin anda salah..mungkin itu bukan cinta..tetapi hanya perasaan suka dan ingin memiliki.. 

buatlah keputusan yang terbaik.....saya doakan anda berbahagia di samping orang yang menyayangi anda......apa yang berlaku ada hikmahNya..mungkin Dia sengaja temukan anda dengan orang yang salah supaya anda lebih menghargai orang yang mencintai anda dan ditakdirkan untuk anda bila ditemukan nanti...








Monday, 14 May 2012

WONDERFUL ASIA,, DELIGTFUL MOMENT

this time i want to share with you all about our college annual awards, Kolej Antarabangsa Ibu Zain.... it was held at Dewan Sri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya... what make this annual dinner unique than other event, this session the event was held outside the university.... very interesting, great and exciting that night..... 


last but not least, thanks to all my friends who worked behind the scenes very hard and make this event successful.... contributions and sacrifices from all my friends i will never forget. 



congatulations to Siti Hawa binti Tumiran , since been crowned as 'Tunas Harapan'... and was awarded the dean.....

congratulations to Adib Nazmi for being able to replace her roommate..... hahah..



WOWW!! VERY BEAUTIFUL! 

SAME!!


PERINGATAN BUAT SEMUA





15 MAY 1948



Esok....hari peringatan episod paling hitam dalam sejarah umat Islam secara peribadi dan sejarah dunia secara umum, an-Nakbah - negara haram Israel tertegak di atas tanah milik rakyat Palestin.

They said, "..it was a land without people for people without a land." It was a lie.

Lets condemn them both loudly or in silence.

BERSAMA KITA MENDOAKAN RAKYAT PALESTIN.... SEMOGA SUATU HARI NANTI, PALESTIN AKAN BEBAS DARI CENGKAMAN ISRAEL..

Negara Palestin telah tidak ada sejak tahun 1948 iaitu berikutan peristiwa 'Nakbah' yang bermaksud 'malapetaka atau bencana' terjadi pada 15 Mei 1948 apabila negara haram Israel diisytiharkan dan lebih 700 ribu rakyat asal Palestin terpaksa keluar melarikan ke Mesir, Jordan, Lubnan, Syria dan banyak negara-negara lain akibat tekanan ( serangan ) tentera dan samseng Zionis-Israel.

UNTUK LEBIH MEMAHAMI RENTETAN SEJARAH PALESTIN, ANDA SEMUA BOLEH RUJUK POST SAYA YANG LEPAS-LEPAS.... 


BERSAMA KITA MEMBANTU RAKYAT PALESTIN!!

Saturday, 5 May 2012

KUIH RAYA DATANG LAGI...


baru-baru ini aku balik ke Perlis.. atas sebab apa aku balik?

haa... ini la dia sebabnya.. aku balik untuk memyambut bermulanya bisnes keluarga aku bagi tahun ini... perniagaan ini diusahakan keluarga sejak lebih kurang 20 tahun yang lalu.. bermula secara kecil-kecilan.. sekarang ia boleh dianggap sangat berjaya... dalam masa 2 hingga 3 bulan menjelang hari raya, rumah aku akan bertukar menjadi sebuah kilang membuat kuih.. insyaAllah...nanti aku cuba untuk berkongsi gambar yang sebenar dengan semua orang.. sekarang kami sedang menunggu ketibaan tapaware yang akan dihantar oleh sebuah kilang biskut di shah alam.. kiranya macam orang tengah laa.. masuk ja bulan puasa nanti, kuih2 yang di order ini akan dihantar semula ke sana untuk dilabel jenama,berat,dan tarikh luput.. kalau ada rezeki, aku merancang untuk mewujudkan nama bagi produk kami sendiri selepas aku habis belajar nanti.. di harap ada kemampuan.... sekarang, bilangan pekerja yang kami upah ialah 10 orang berumur sekitar 16 hingga 40 tahun.. semua kerja2 tidak sepenuhnya menggunakan tenaga manusia (manual) kerana kami menggunakan meisn untuk menguli tepung dan sebagainya...

cukup lah dulu untuk permulaan..... nantikan post berikutnya...nak order? awal lagi.......

Sunday, 29 April 2012

REALITI SEJARAH PALESTIN

Dah lama rasanya saya bercuti dari menulis blog.. sibuk sedikit kerana terlalu banyak kerja yang tertangguh akhir-akhir ini.. ditambah pula dengan peperiksaan pertengahan semester... jadi... blog ini sedikit terabai... kali ini saya ingin menyambung cerita saya yang tergantung mengenai realiti sejarah Palestin.. terdapat 3 persoalan yang saya tinggalkan dan belum dijawab.. hari ini saya ingin mengupas serba sedikit mengenai soalan pertama terlebih dahulu... seperti biasa... salah dan silap di dalam penulisan ini harap ada yang betulkan..kerana saya juga baru dalam perkenalan untuk lebih memahami dan mencintai Palestin..




SIAPAKAH PENDUDUK ASAL PALESTIN YANG SEBENARNYA???


Sejarah telah menyaksikan bahawa bangsa berketurunan Kan'an merupakan bangsa terawal yang menduduki bumi Palestin. Mereka berasal dari Semenanjung Tanah Arab dan berhijrah ke Palestin sejak 4500 tahun dahulu.








Sejak itu, bumi Palestin dikenali sebagai Bumi Kan'an kerana dominasi bangsa tersebut di sana. Rakyat Palestin yang wujud sekarang ini berasal dari keturunan Kan'an, iaitu bangsa dari masyarakat timur Laut Mediterranian yang dikenali sebagai Filistin dan dari bangsa Arab yang berkahwin campur dengan Filistin. Walaupun Palestin sentiasa diperintah oleh pelbagai bangsa dan kumpulan dalam beberapa tempoh, namun rakyatnya yang asal terus duduk di situ dengan aman.






Apabila Islam muncul, majoriti daripada orang Palestin ini telah memeluk agama Islam dan perlahan-lahan mengadaptasi bahasa Arab sebagai bahasa utama mereka. selaras dengan kepesatan perkembangan agama Islam di sana. Bahkan, identiti Islam di bumi Palestin tetap berdiri kukuh dan berpanjangan sepanjang sejarah Islam, bermula dengan penaklukan kuasa Islam pada tahun 15 Hijrah (636 Masihi) sehingga sekarang. Kebenaran fakta ini tetap tidak boleh dinafikan walaupun sebahagian besar penduduk Muslim Palestin (yg dianggarkan kira-kira 6 juta orang) telah dihalau oleh pihak Zionis semenjak 1948 dan menjadi pelarian di dalam dan di luar negara mereka...  



VIDEO KORPORAT UKM-MALAY



untuk video korporat UKM yang mana memaparkan jabatan-jabatan dan fakulti yang terdapat di UKM.. sewaktu pertama kali melihat video ini iaitu pada minggu orentasi..video ini dipasangkan di DECTAR.. terasa mendapat satu semangat baru.. mungkin ketika itu fikiran tengah kosong dan video ini sangat-sangat memberi kesan pada saya...  kali kedua melihatnya sekitar bulan 11 tahun 2011 iaitu ketika dipilih menjadi fasilitator bagi program  'Road To U'..program ini dianjurkan oleh Kolej Matrikulasi Perlis dimana mereka memilih mantan pelajar KMP sendiri untuk memberi gambaran mengenai kehidupan di universiti kepada pelajar-pelajar matrikulasi.. sewaktu program ini berlansung lah tiba-tiba terasa bangga kerana video korporat UKM dimainkan dan seisi dewan nampak teruja.. sewaktu diminta untuk mengulas mengenai video ini, hati aku terus teringatkan pengalaman di sana... ternyatalah video ini dapat memberikan satu semangat baru dalam diri seseorang yang menghayatinya sama ada pelajar UKM sendiri mahupun tidak... selepas tayangan video tersebut, kami fasilitator dari UKM dihujani pelbagai soalan mengenai UKM dan kos yang ditawarkan disini.. nampaknya mereka berminat dengan UKM.. adakah FEP akan terus dihujani oleh pelajar KMP seperti sekarang??? sesi 2012/2013 akan memberi jawapan...... akhir kata, aku bangga menjadi pelajar UKM, dan bagi aku video-video begini adalah video yang terbaik untuk tatapan orang luar kerana bentuk penyampaian yang mengagumkan....


DARI KACAMATA PELAJAR

Untuk video pertama ini, walaupun tajuknya dari kacamata pelajar, tetapi bagi saya apa yang dipaparkan dalam video tersebut bukan hakikat sebenar yang berlaku di UKM.... apa yang dipaparkan bukan lah pendapat ataupun suara majoriti tetapi hanya 4 orang yang dipilih sahaja...nampak jelas mereka berlakon..kalau ya pun nak nampak profesional cuba bagi nampak natural sikit..kebetulan terjumpa orang yang ingin ditemuramah dan bertanya..tak la nampak berlakon sangat... saya sedikit kecewa dan apa yang terlintas di minda saya sewaktu melihat video tersebut " hipokritnya".pada pendapat saya boleh juga dipaparkan kepelbagaian kaum yang ada di UKM ini di mana pelajar-pelajar yang pelbagai kaum ini belajar bersama..makan bersama..dan menjalankan aktiviti bersama...ini akan lebih menarik bagi saya kerana UKM merupakan universiti kebangsaan...satu-satunya universiti kebangsaan yang semestinya menjadi kebanggaan semua.. banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan jika ingin merakamkan video sebegini pada masa akan datang.. ini hanyalah pendapat dari kacamata seorang pelajar...



                            dari kacamata pelajar


                                            UKM




mengilham harapan,,mencipta masa depan

Wednesday, 18 April 2012

SEJARAH PALESTIN

LATAR BELAKANG


Palestin melakar sejarah yang panjang seawal zaman Nabi Ibrahim sehingga kini. Sejarah Palestin berkait rapat dengan sejarah Bani Israel. lantaran sejarah yang berkurun-kurun panjangnya itu , ramai anggota masyarakat di malaysia malah seluruh dunia tidak mempunyai maklumat dan pengetahuan yang jelas tentang palestin. secara formal, sejarah palestin tidak pernah menjadi modul utama pendidikan.


justeru itu, tidak pelik untuk mendapati sebahagian masyarakat malaysia melihat konflik 'palestin -israel' dari sudut pertelingkahan antara umat yg berbeza agama semata-mata. bergerak lebih jauh mendalam , sebahagian anggota masyarakat yang lain melihat konflik tersebut sebagai isu kezaliman sesama manusia,isu rampasan pemilikan kawasan tanah dan harta benda, isu pertikaian sempadan negara dan isu konflik perkauman atau kebangsaan.


persoalannya.... benarkah begitu kedudukan dan letaknya isu konflik 'palestin-israel' ini?????


untuk menjawab persoalan ini, tidak boleh tidak, rentetan sejarah kemanusiaan perlu disingkap dan dilihat secara teratur.....




siapakah penduduk asal palestin yang sebenarnya???


apa kaitan kaum yahudi gengan bumi palestin ???


bagaimana pula dengan dakwaan kaum yahudi bahawa milik merekalah penduduk asal bumi palestin???




KLIK

Tuesday, 17 April 2012

SUATU PERKENALAN


Gambar ni diambil ketika berada di BEE FARM Cameron Highland.. apa yang aku xdapat lupakan ialah perkenalan aku dengan rakan-rakan sekolej yang sebelum ni tidak pernah bertegur sapa.
ternyata lawatan yang aku ikut ni mencapai matlamatnya iaitu mengeratkan hubungan antara ahli Kelab Keusahawanan kolej Antarabangsa Ibu Zain. 


aku rasa lebih bersemangat untuk menjalankan tugas selepas ini kerana kerja akan menjadi lebih mudah apabila kita mengenali dengan dekat orang bekerja bersama. kerjasama menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. aku harap sangat program macam ni dapat di jalankan lagi pada masa akan datang.






pengisian program ni bukan hanya untuk berseronok. banyak yang kami belajar. macam aku sendiri. aku diberi tugas untuk menguruskan bahagian makanan bersama rakan Aliyana.. memang xpernah uruskan bahagian makanan sebelum ni.. kerjasama dan tunjuk ajar dari felo penasihat sendiri dan Yana yang dah berpengalaman dalam menguruskan bahagian ni embuatkan ianya berjaya walaupun bermacam macam masalah yang kami hadapi. 


aku amat berterima kasih kepada semua yang membantu. Insyaallah... apa yang aku beljar ni akan aku gunakan pada masa depan.. kenangan dengan kawan-kawan tak aku lupakan.....










PENGENALAN

Sebelum ini saya ada post tentang apakah yang berlaku disebaliknya jika kita mengiktiraf kewujudan israel. tetapi saya percaya ramai antara kita belum mengenali dan mengetahui tentang negara palestin termasuklah diri saya sendiri. bagi mewujudkan rasa kasih dan sayang dalam diri kita pada palestin,  saya ingin berkongsi serba sedikit tentang negara  palestin. kata orang xkenal maka x cinta..........


PENGENALAN NEGARA PALESTIN


PALESTIN (bahasa Arab : Falastin, bahasa Ibrani : Palestina ) ialah nama yang digunakan dengan meluas sejak era Rom lagi untuk merujuk kepada kawasan di Timur Tengah di antara laut Mediterranean dan Sungai Jordan.


PENGERTIAN DARI SEGI GEOGRAFI


PENGERTIAN LUAS - Palestin merujuk kepada kawasan yang merangkumi negara Israel kini dan wilayah-wilayah Palestin,sebahagian daripada Jordan, Lubnan dan Syria.


PENGERTIAN SEMPIT - Palestin merujuk kepada kawasan di dalam sempadan bekas Mandat British di Palestin (1920-1948) di sebelah barat Sungai Jordan.


Hari ini, Palestin juga digunakan untuk merujuk kepada ' Negara Palestin' asal, yang dijuangkan oleh HAMAS iaitu kawasan atau sempadan sebelum tahun 1948.


 REALITI NEGARA PALESTIN DI PETA DUNIA


Dari pengertian peta geografi, Negara Palestin telah tidak ada sejak tahun 1948 iaitu berikutan peristiwa 'Nakbah' yang bermaksud 'malapetaka atau bencana' terjadi pada 15 Mei 1948 apabila negara haram Israel diisytiharkan dan lebih 700 ribu rakyat asal Palestin terpaksa keluar melarikan ke Mesir, Jordan, Lubnan, Syria dan banyak negara-negara lain akibat tekanan ( serangan ) tentera dan samseng Zionis-Israel.


Sehingga sekarang, Palestin belum menjadi anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di PBB. Presiden Mahmoud Abbas (telah hampir 2 tahun tamat tempoh jawatan) baru sahaja memohon untuk Palestin menjadi anggota penuh PBB pada 23 September 2011 yang lalu.





SEDIKIT PERKONGSIAN ILMU

Beberapa minggu yang lepas, saya ada membentangkan tentang 'DRY CLEANING' untuk subjek 'academic communication' iaitu semasa information sharing di mana banyak keburukannya kepada individu itu sendiri iaitu kepada pengguna yang memakai baju yang di cuci menggunakan cucian kering ini dan juga pekerja yang melakukan khidmat cucian kering ini. 

cuba lihat baju-baju yang kita beli. kebanyakannya dilabel dengan 'DRY CLEANING ONLY'

kebanyakkan pakaian yang dilabel dengan label ini ialah t-shirt dan pakaian seragam.

pendedahan kepada bahan kimia yang digunakan untuk cucian kering akan meningkatkan risiko penyakit kanser dan juga penyakit-penyakit lain

goloangan yang banyak terdedah dengan bahan kimia ini adalah pekerja itu sendiri di samping isi rumah dan binatang peliharaan si pengguna khidmat cucian kering.

cucian kering ini memerlukan kos yang tinggi dan semestinya lebih mahal berbanding mencuci pakaian di rumah. 
kita boleh menggunakan cucian yang lebih mesra alam di rumah dengan kos yang lebih rendah. disamping menjaga alam sekitar dan kesihatan, kita dapat menjimatkan kos dan mengurangkan perbelanjaan.

jika kita memikirkan secara mendalam dan menghitung wang yang kita belanjakan untuk cucian kering ini bersama dengan kos kesihatan kita yang terjejas dan tiada nilainya di samping kos alam sekitar dan pencemaran yang telah kita lakukan, kita akan menyedari yang kosnya sangat tinggi.

 nasihat saya kurangkan penggunaan khidmat cucian kering ini demi keselamatan dan menjaga kesihatan kita.
jika sesuatu telah berlaku menyesal tiada guna. 

salah silap mohon dibetulkan................. 


HIDUP SEORANG INSAN

BAHAGIAN KEDUA

Si anak kecil berdoa di dalam hati mengharap ada seseorang yang akan membantunya melepaskan diri dari lelaki tersebut. Dia sudah tidak mampu untuk melepaskan diri. tenaga kanak-kanak nya sudah habis.. lelaki  tadi melepaskan tangannya yang menutup mulut kanak-kanak tersebut. Lantas anak kecil itu terus menjerit meminta tolong.. Dia ditolak dan dipukul dengan kasar oleh lelaki tersebut. tetapi, selagi terdaya dia bertekad untuk tidak menyerah kalah. sikap inilah yang membuatkan aku kagum dengannya.. dia seorang yang sangat kuat walaupun ditimpa bermacam dugaan..


sakit badannya tidak terkata..tapi mengalah tidak sekali.. tiba-tiba pintu bilik diketuk. lelaki tersebur tidak mahu membuka. kanak-kanak tadi lantas menjerit meminta orang diluar membantunya.. suara seorang wanita kedengaran tegas meminta pintu dibuka. akhirnya lelaki itu mengalah..anak kecil itu terus mencapai barang dapur yang di pesan ibunya dan berlari keluar dari bilik tersebut. anak kecil berdiri di belakang wanita yang membantuku itu. dia merupakan ibu saudara lelaki itu. riak mukanya amat terkecut melihat kanak-kanak itu berada di dalam bilik lelaki tersebut dan dia sudah mengagak apa yang berlaku.


anak kecil itu terus pulang ke rumah. sudah lama ibunya menunggu barang yang dipesan.


ibu : kakak pegi mana? lama sangat. ibu nak masak. dah lewat ni. nanti abah balik nak makan.


anak kecil itu hanya mendiamkan diri sambil menyuakan plastik yang berisi barang dapur kepada ibunya. beliau tidak menceritakan kepada sesiapa termasuk ibunya tentang kejadian yang telah berlaku. hari itu merupakan hari yang amat suram bagi dirinya. dia lebih banyak termenung seorang diri. perubahan yang berlaku dalam dirinya disedari ibunya tetapi ibunya tidak mengesyaki apa-apa. anak  kecil itu menjadi trauma dan berasa takut untuk ke kedai lagi. 


keesokkan harinya, ibunya bertanya apa yang berlaku kelmarin. kanak-kanak itu hanya mendiamkan diri. rupa-rupanya, wanita yang membantunya itu telah menceritakan apa yang berlaku kepada ibunya dan mensihatkan ibunya untuk berhati-hati. jangan membiarkan anaknya pergi kemana-mana  seorang diri. 
selepas kejadian yang berlaku, kanak-kanak yang ceria itu telah berubah menjadi seorang yang amat pendiam dan takut untuk berkawan sehingga hari ini. walau kemana dia pergi, kenangan pahit itu sentiasa bermain di ingatan dan menjadi peringatan bagi dirinya dalam pergaulan pada hari ini. 


selepas beberapa ketika.. anak kecil telah beransur pulih dari traumanya. dia telah berusia 7 tahun..dia mula berkawan dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya. anak kecil ini sangat rapat dengan ayahnya. ayahnya sangat penyayang dan sentiasa memberikan kata-kata nasihat kepadanya. 


suatu hari, kanak-kanak ini mengikut rakannya bermain di tepi sungai. dia ingat akan pesn ayahnya yang melarang dia bermain di situ. tapi kanak-kanak yang baru berusia 7 tahun ini tidak berfikir panjang. dengan mudahnya dia terpengaruh dengan rakannya yang yang sedang bermain air. ketika itu air sedang pasang. kebetulan ketika dia baru mencecahkan kaki ke air,ayahnya melalui jalan dibelakang sungai itu dan ternampak anaknya sedang bermain di tepi sungai. 


ayahnya terus berhenti dan menarik tangan anak kecil pergi ke motor. ayahnya membonceng motosikal tersebut tetapi anak kecil itu tidak debenarkan naik. tangannya dipegang. anak itu berlari mengejar motor yang dinaiki ayahnya tetapi lariannya tidak dapat menyaingi kelajuan motor tersebut. dia terjatuh berkali-kali tetapi tangannya tidak dilepaskan oleh ayahnya. ayahnya menariknya untuk bangun dan berlari lagi. ayahnya berhenti di rumah datuk. sampainya dirumah, anak kecil itu menangis. menangis kerana dimarahi ayahnya sampai begitu sekali.tangisannya semakin kuat sehingga didengari oleh neneknya. kebetulan ibunya berada di situ. mereka bergegas keluar dan bertanya apa yang berlaku. 


nenek sangat terkejut melihat luka di lutut dan kaki cucunya.. selepas ditegur, anak kecil itu melihat kakinya dan tangisannya semakin kuat. lukanya sangat dalam kerana terseret ketika beberapa kali terjatuh.. ayahnya hanya mendiamkan diri................

Saturday, 14 April 2012

HIDUP SEORANG INSAN

tiba-tiba aku teringatkan satu kisah.. kisah yang terjadi di depan mata seorang insan yang amat aku kenali. perjalanan hidupnya yang aku rasakan pedih.. dan  tidak semua orang mengerti apa yang dirasainya.....


BAHAGIAN PERTAMA


Perkongsiannya bermula seawal usianya 5 tahun.. pada usia ini, anak-anak kecil yang lain sedang leka bermain. tetapi anak ini perlu membantu ibunya di rumah. melakukan kerja -kerja rumah. Pada suatu hari, dalam perjalanan anak kecil ini selepas pulang  membeli barang seorang diri, beliau  disapa oleh seorang lelaki. Anak yang tidak mengerti ini memberhentikan perjalanannya. seorang lelaki berusia belasan tahun menunjukkan sepasang anting-anting. 


sedikit latar belakang cerita.....
-watak utama merupakan seorang kanak-kanak perempuan
-berasal dari keluarga sederhana
- merupakan anak pertama dalam keluarga
- ibu dan ayahnya berkahwin pada usia yang muda




apabila ternampak anting-anting tersebut, hati kanak-kanak ini tertarik untuk mendekati lelaki tersebut.


remaja lelaki : adik nak anting-anting ni?


anak kecil : nak.


remaja lelaki : kalau adik nak, adik masuk dalam rumah abang. anting- anting ni semua ada di dalam.


anak kecil yang berminat dengan perhiasan itu masuk ke dalam bersama barang rumah yang di pesan ibunya.
tanpa diduga, dia ditangkap oleh lelaki tadi dan mulutnya ditekup dengan tangan. kanak-kanak ini berada dalam ketakutan yang amat sangat. lelaki tadi membawanya masuk ke dalam satu bilik. apa yang dapat seorang anak kecil berusia 5 tahun ini lakukan selain menangis mengharapkan ada yang membantunya.. dia hanya mampu menjerit di dalam hati. " ibu....kakak takut...tolong kakak bu..."







CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

Dalam kesibukkan menyiapkan tugasan yang banyak tergendala sebelum ini,, aku nak kongsikan apa yang baru aku baca petang tadi iaitu berkaitan dengan ciri - ciri seorang pelajar yang cemerlang.


antaranya ialah....


SENTIASA BERSEMANGAT DAN MEMBERI KOMITMEN DI DALAM KELAS
Seseorang pelajar yang cemerlang akan sentiasa memberikan yang terbaik. Akan memberikan sepenuh perhatian pada apa yang diajarkan. Pelajar yang cemerlang juga akan melakukan yang terbaik untuk apa sahaja tugasan yang diberkan..


MENGHORMATI PEMBERI ILMU
kita perlu sentiasa menghormati seseorang yang sedang memberi ilmu kerana itu merupakan salah satu adab belajar..untuk menjadi Pelajar yang terbaik kita perlu sentiasa menghormati orang lain terutamanya orang yang mengajar kita..


AMANAH
Amanah merupakan sikap yang penting.. kita perlu sedar bahawa bersikap jujur adalah sesuatu yang jauh lebih baik dari menipu orang lain mahupun diri sendiri demi menutup kesalahan diri.. jika ingin menjadi seseorang yang cemerlang, kita perlu mengamalkan sikap amanah dan jujur dalam setiap perbuatan.


ISTIQOMAH
dalam melakukan sebarang pekarjaan, kita perlulah istiqomah iaitu melakukannya secara berterusan..


BERDISIPLIN
jika ingin menjadi manusia cemerlang, disiplin perlulah menjadi pegangan hidup tidak kira dari segi apa sekalipun.. sebagai seorang muslim, anak soleh/solehah atau pun pelajar.


SENTIASA BERDOA DAN BERTAWAKKAL
sebagai seorang muslim, kita memang sudah mengetahui bahawa selain berusaha, kita perlu meminta kepada Yang Esa. dan setelah berusaha sehabis baik, bertawakkal lah.. InsyaAllah dengan izinNya..






Saturday, 24 March 2012

THE PALESTINE EPISODE (sambungan)

Apa maksudnya apabila kita mengiktiraf kewujudan negara Israel??




1 ) kita mengiktiraf bolehnya wujud sebuah negara yang dibina atas tindakan merampas tanah warganegara lain


2) kita mingiktiraf tindakan Israel merampas tanah rakyat Palestin dan dan membiarkan rakyat Palestin hidup dalam buangan di kem-kem pelarian lantas menafikan secara total hak mereka untuk kembali ke kampung halaman mereka.


3) kita mengiktiraf kebenaran ideologi dan ajaran Zionis dan hak-hak Zionis terhadap Jerusalem sungguhpun sejarah menunjukkan mereka  bukan penduduk asal tanah Palestin.


4) kita mengiktiraf tindakan ganas Zionis yang telah mengorbankan banyak nyawa rakyat Palestin sejak 1948 atas dasar mempertahankan diri dan melindungi keselamatan negara mereka


5) kita menghina perjuangan dan nyawa rakyat Palestin yang terkorban selama ini dalam usaha mempertahankan kesucian dan kedaulatan Palestin.  


FREE PALESTINE !!!

THE PALESTINE EPISODE



Sejak tertegaknya negara haram Israel dia tanah Palestin sejak 1948, pelbagai penderitaan telah dialami oleh rakyat Palestin yang mengorbankan puluhan ribu nyawa termasuk wanita, kanak-kanak, mahupun warga tua. Kini, rakyat Palestin bukan sahaja terpenjara di negara sendiri malah jutaan rakyatnya terpaksa hidup di kem-kem pelarian. Yang masih bertahan di Palestin ( West Bank dan Gaza) sentiasa menerima ancaman bunuh tentera Zionis Israel sementara mereka yang menetap di kem-kem pelarian masih terus menanti masa untuk kembali ke tanah air sendiri.


Antara sebab utama pihak Zionis Israel sanggup bertindak kejam tanpa mengendahkan pandangan orang lain ialah kepercayan mereka bahawa mereka adalah 'umat pilihan Tuhan' dan semua orang bukan Yahudi sebagai 'goyyim'  ( masyarakat yang darjatnya lebih rendah dari darjat manusia)...


                                                                                                         



                                                                                                                                                 bersambung.................

TIPS PEPERIKSAAN

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM PEPERIKSAAN??





1) Pastikan nota dikemaskini dan tersusun. Untuk kepastian, rujuk nota rakan.
2) Ulangkaji nota secara individu atau berkumpulan (study group).
3) Pastikan semua tajuk diulangkaji dan difahami.
4) Bina dan jawab soalan daripada nota kuliah. Tumpukan kepada tajuk yang ditekankan oleh pensyarah.
5) Semak soalan yang lepas.
6) Berjumpa pensyarah untuk mendapatkan tips menjawab soalan.
7) Banyakkan berbincang dengan rakan. ini untuk mengelakkan anda dari terlepas pandang sesuatu tajuk.
8) Jadi guru kepada rakan-rakan.
9) Dapatkan jadual peperiksaan dan semak dengan rakan.
10) Buat jadual baru yang mudah anda fahami dan jelas.
11) Pastikan kesemua keperluan peperiksaan disediakan dan dimasukkan ke dalam beg.
12) Berdoa dan tawakal kepada Allah.

harap dapat membantu =)



Monday, 12 March 2012

HEADER AND FOOTER


cara - cara untuk memasukkan header and footer.......



  1) klik  " insert "
  2) " header " .. pilih jenis header yang anda kehendaki


3) masukkan tajuk 
   - tekan "backspace" untuk masukkan perkataan



4) anda boleh menukar jenis footer mengikut kesukaan dan kesesuaian ( nombor muka surat, nama pengarang, jawatan)


...........SELAMAT MENCUBA!.............

Sunday, 11 March 2012

Stress?? Bagaimana Menghindarinya??


ANDA STRESS?? BAGAIMANA MENGHINDARINYA??




STRESS merupakan salah satu penyakit moden yang sering menjangkiti individu samada pelajar,  yang sudah berumah tangga dan yang baru memasuki bidang pekerjaan. Dalam konteks seorang mahasiswa/i , stress atau tekanan yang dihadapi seharusnya dapat dielakkan. Untuk menghindari masalah ini, seorang mahasiswa perlu tahu apa yang seharusnya dilakukan. 

Kita menyedari dalam arus pembangunan masa kini kecemerlangan dalam akademik semata-mata tidak mencukupi. Jika ingin mendapatkan tempat dalam pasaran kerjaya kelak, seseorang mahasiswa/i perlu melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah (soft skill) . Kemahiran ini tidak didapati di dalam dewan kuliah. Mahasiswa/i perlu terlibat dengan masyarakat melalui program yang dijalankan oleh pihak universiti,kolej, fakulti, atau persatuan-persatuan pelajar. Melalui program yang dijalankan inilah pelajar akan mempelajari kemahiran-kemahiran yang diperlukan secara tidak langsung.

Untuk menjayakan sesuatu progran bukanlah perkara  mudah bagi seorang mahasiswa/i yang sedang belajar dan tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan sesuatu program. Masa yang singkat perlu diagihkan dengan berhemah antara masa belajar dan masa untuk menyiapkan  atau menguruskan program yang dianjurkan. pada waktu getir beginilah palajar akan merasa tertekan kerana terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan selain pelajaran. Di tambah pula dengan masa rehat entah ada atau tidak.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit  tips untuk mengelakkan stress memandangkan masing-masing sedang sibuk dengan program-program yang dianjurkan. Saban hari lembah ilmu tidak pernah sunyi dengan aktiviti yang dianjurkan oleh mahasiswa/i.



1) Terima masalah yang datang sebagai satu peluang
Ramai antara kita tidak dapat menerima masalah yang dihadapi dengan menganggap diri tidak berguna lagi, dan mengambil jalan pintas. Perkara sebegini seharusnya tidak berlaku lebih-lebih lagi bagi seorang mahasiswa/i. Anggaplah perkara yang terjadi itu sebagai satu peluang untuk anda membetulkan diri. 

2) Perbanyakkan berzikir dan berdoa
Jika berasa tertekan, mohonlah kepada-Nya agar diberikan jalan keluar yang terbaik. Banyakkan zikir dan doa. Mengadulah pada-Nya. Anda akan merasai ketenangan. InsyaAllah stress akan dapat anda hindari.

3) Bengkitkan semangat diri
Siapa yang tidak berasa kecewa dan kesal apabila diherdik dan dimarahi orang atasan. Tetapi, itu tidak bermakna kita perlu berhenti dari belajar. kegagalan merupakan proses belajar. Tiupkan kata-kata semangat dalam diri anda. Jika orang lain boleh, kenapa tidak anda. 

4) Dapatkan rehat yang mencukupi
Walau bagaimana sibuk pun anda, berilah masa untuk badan anda berehat. Rehat secukupnya dan kosongkan fikiran anda buat sementara waktu. tidur yang berkualiti dapat membantu anda melakukan kerja dengan lebih baik sekaligus dapat menghindarkan stress.

5) Ceritakan pada rakan
Jika anda merasakan sesuatu masalah itu sangat berat untuk dipendam seorang diri, carilah rakan yang anda percayai. Mungkin ini dapat membantu mengurangkan tekanan yang anda rasai. 

6) Manjakan diri
Jika anda seorang yang gemar melakukan sesuatu seperti menyanyi,bersiar-siar, luangkan masa walaupun singkat untuk hobi anda. Bersiar-siar di kawasan kampus sudah mencukupi untuk anda tenangkan fikiran jika anda tidak mempunyai masa. 

^ diharap sedikit perkongsian ini dapat membantu mahasiswa/i dalam proses menjadi graduan yang berkualiti kelak. ^

*/ salah dan silap harap dapat dibetulkan kerana saya juga dalam proses belajar /*